POST PHOTOGRAPHICAL DRAMAS 45
CINTAILAH BAHASA IBUNDA
aku pernah sekali belajar di sebuah Universiti yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantarnya. bukan, bukan UiTM tetapi Lim Kok Wing.
aku langsung tiada keyakinan kerana kurangnya kefasihan untuk berbahasa inggeris.tidak perlu dinyatakan bahawa aku pernah mendapat markah karangan bahasa inggeris sebanyak 98/100 dan merupakan salah seorang pelajar terbaik tahun 1998 dahulu.
aku boleh menulis, tetapi agak kekok berbahasa.walaupun standard penulisan aku hanya setakat gred A untuk pelajar 15 tahun dan C3 untuk peringkat 17 tahun.
bila tiba di universiti ini, semua matapelajarannya adalah di dalam bahasa inggeris. akulah orang yang paling banyak bertanya
“eh, ini apa ni?” tanyaku
“ala, maksud dia ni!” jawab seorang rakan
kebiasaannya aku akan membalas
“la.. benda tu ka? aku ingatkan benda apa tadi. dalam bahasa melayu aku faham, dalam english pelik sahaja bunyinya..” balasku.
aku akan menambah lagi, “manalah nak tau, dulu masa sekolah menengah aku belajar dalam bahasa melayu. tak tau istilah orang putih ni..”








aku ada pantang
aku pantang melayu dengan melayu nak berlagak cakap bahasa inggeris.
tetapi,
dalam perkara di atas
aku tak mahu keturunan aku nanti asyik bertanya
“benda ni dalam bahasa melayu apa?”
gambaran samsung s850 petikan picu farridhusin.