HI!MYNAMEISFARRID

  • Archive
  • RSS
  • Ask me anything
  • Submit

SAYA MAHUKAN SEBUAH MACBOOK : TIPS MEMBELI MACBOOK PILIHAN ANDA

terima kasih atas email dan pertanyaan spontan anda mengenai minat kalian untuk memiliki sebuah macbook.aku bukanlah seorang yang mahir dalam perkara ini, tetapi akan aku cuba untuk membantu kalian dengan tips-tips menggoda aku dibawah ini.

jangan lupa! rate blog ini dengan rating 5 bintang ya.terima kasih

jikalau aku terlibat di dalam perniagaan MLM, pastinya pangkat aku bakal menjadi diamond crown the greatest king manager sekarang. jika Luxor memerlukan anda membayar rm2000 untuk menyertai mereka, bayangkan berapakah jumlah yang akan aku dapat melalui penjual macbook.hebat bukan? bila agaknya Apple mahu menjadikan perniagaan ini sebagai satu perniagaan bertingkat seperti david teo dengan restoran restorannya.

sebelum aku mengarut.baik aku teruskan dengan tips-tips dibawah:

1.SAYA ADA RM12000.SAYA MAHUKAN MACBOOK PRO SEKARANG JUGA!

nanti dulu, sebelum membeli, pilihlah jenis yang sesuai untuk anda dahulu.untuk kalian yang memerlukan rendering 3D yang hebat, aku syorkan macbook pro jika anda tidak kisah mengeluarkan rm10000 dari kocet anda.tetapi, bagi aku, sebuah macbook aluminum sudah mencukupi.tidak cukup dengan processor 2.0, ambil sahaja 2.4Ghz.


imej dari apple.com

aku, jikalau mampu, sudah tentunya akan mengikuti jejak fendi afifi yang menggunakan macbook alum 2.4Ghz.ada beberapa sebab:

  • spesifikasinya yang lebih baik
  • rekabentuk aluminiumnya yang tahan lasak (macbook air pernah terselamat dalam nahas kapal terbang
  • body macbook white yang mudah retak
  • tidak cepat kotor seperti macbook white
  • menawan hati gadis-gadis dan teman sejenis

tetapi jika kalian merasakan beza sebanyak rm2200 itu tidak banyak, teruskan sahaja dengan pembelian macbook aluminum anda.

kalian boleh membuat perbandingan disini.

2.DIMANA MAHU MEMBELINYA

oleh kerana tiada official apple store (kedai bukan laman web) di Malaysia, kebanyakkan barangan Apple dibawa masuk oleh apple reseller seperti switch, machines dan mac city.

pada pendapat aku, sila lawati laman web rasmi mereka untuk promosi-promosi yang sedang dilakukan.

seperti kes yang aku alami, aku membeli sebuah macbook white di switch tanpa apa apa keistimewaan. maksud keistimewaan disini ialah barangan percuma.sebuah macbook didatangkan secara standard di dalam kotak dan mempunyai item-item berikut:

  • MacBook
  • 60W MagSafe Power Adapter, AC wall plug, and power cord
  • Lithium-polymer battery
  • Display polishing cloth
  • Install/restore DVDs
  • Printed and electronic documentation


servis yang ditawarkan di machines.imej dari machines.com.my

jika dilihat pada website mac city, pada bulan April, mereka memberikan barangan barangan percuma seperti :

  • notebook sleeve
  • RM50 training voucher
  • RM200 rebate to purchase Microsoft Office
  • Portable speaker
  • Keyboard Protector
  • Cooling ball
  • RM500 rebate point to purchase 4GB RAM

berapkah kerugian aku disitu? banyak bukan. sila rancang pembelian anda dahulu sebelum membeli.

ataupun, jika anda seorang yang sangat malas untuk keluar rumah, anda boleh membelinya dari apple online store dan macbook anda akan dihantar dalam masa 2-3 hari.

selain daripada itu, anda juga dapat membina custom macbook anda disana dengan memilih spesifikasi standard ataupun spesifikasi tambahan yang terdapat pada laman web tersebut.

selain daripada itu, untuk para pelajar, anda boleh mendapatkan macbook dengan harga yang lebih murah di apple online store dan klik pada education pricing.

sila semak senarai penuh apple reseller disini.

3.APPLE PROTECTION PLAN

jangan lupa untuk membelinya sejurus ataupun sebelum warranty setahun anda berakhir. ini adalah kerana melalui APC, wang saku anda dapat diselamatkan andainya berlaku masalah pada macbook anda.


imej dari amazon.com

dan yang lebih baik, semua alat yang diganti adalah percuma!

4.CARIAN, CARIAN DAN LEBIH CARIAN

pastikan dahulu anda betul betul mahukan sebuah macbook bukan sekadar hanya kerana lambang Apple yang menyala di belakang monitor yang jelas sekali bakal menampakkan anda kelihatan lebih cool!

google ataupun masuk sahaja ke forum lowyat.net yang banyak menjelaskan mengenai perihal platform Apple anda.

5.SAYA TIDAK ADA WANG SEBANYAK ITU

tiada masalah. anda boleh mendapatkan refurbish macbook di mana mana cawangan Apple Reseller di Malaysia.

selain daripada itu, di forum lowyat.net juga terdapat beberapa buah macbook untuk dijual dengan harga yang murah/berpatutan. Paling murah yang pernah aku lihat ialah macbook white yang berharga rm1900 yang masih di dalam kondisi yang baik.

cukup!

jadi kepada dabeh, aqidah, awangku blues, amal, rajak telimik, ako mustafa dan saedah mansor, aku harap, persoalan kalian terjawab.

switch!

notatambahan:

aku nak apply kerja di switch sekarang ini juga.

    • #edutorial
    • #tips on buying macbook
    • #apple tips
  • 2 years ago
  • Permalink
  • Share
    Tweet
← Previous • Next →

About

"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

Twitter

loading tweets…

  • RSS
  • Random
  • Archive
  • Ask me anything
  • Submit
  • Mobile

Effector Theme by Carlo Franco.

Powered by Tumblr