HAI! PELUK-PELUK NAK?
setelah beberapa minggu Anugerah Bintang Popular berlalu, akhbar masih lagi mahu menceritakan perihal Nabil memeluk teman wanitanya pada malam majlis tersebut berlangsung.
mereka tak pernah bosankah?
ada beberapa sebab (aku rasa) yang menyumbang kepada perkara ini:
1.NABIL TIADA ‘CABLE’
dia datang dari kampung mambau dan bekas pembancuh air di kedai nasi lemak dan tiba tiba, menjadi seorang yang kaya raya tanpa bantuan sesiapa.maksud aku, rakyat Malaysia yang mengundi beliau. bukan bantuan orang dalam.
tahukah anda bahawa orang dalam boleh menentukan perjalanan karier anda. bukan hanya sebagai pelawak ataupun pembantu tadbir, kejayaan anda sebagai seorang pemenang album terbaik AIM juga, memerlukan bantuan orang dalam.
menubuhkan sebuah kugiran juga memerlukan ‘cable’ pada masa ini. tiada hubungan dengan kumpulan-kumpulan besar? editor majalah? photographer majalah mahupun pemain gitar kumpulan pop terkenal, untuk menjayakan kugiran yang ditubuhkan adalah agak mustahil. anda boleh membuat publisiti murahan di blog-blog, myspace ataupun facebook, masalahnya, ini malaysia. kami tidak mendengar karya yang kosong tanpa ‘surat sokongan’ dari siapa siapa.dan, frontman haruslah kacak.
jadi, bila tiadanya hubungan dengan orang dalam, susahlah! susah kerana tiada yang berani bersuara kerana orang dalam ini berkawan dengan penulis ruangan itu di akbar sana dan penulis ruangan ini di akhbar sini.semuanya berkaitan bukan?
sepatutnya satu panggilan telefon daripada orang dalam sudah mampu mendiamkan pihak media.
2.NABIL MAHUKAN PUBLISITI MURAHAN
seperti masyarakat melayu lain juga.publisiti murahan amatlah perlu di dalam menentukan kejayaan seseorang artis tersebut. nabil mungkin takut untuk menggunakan taktik mengutuk hubungan sejenis kerana takut dipanggil homophobic.
tahukan anda bahawasanya terdapat satu kumpulan yang memperjuangkan nasib golongan homo di malaysia ini? bahaya. jangan tersalah cakap!
aku juga pernah dikecam hebat oleh golongan ini. dengan mesej berbunyi “fuck farridhusin dan band dia : the next lab is inside”. mahukan publisiti murahan kata mereka.“melagukan lagu lagu cinta tanpa memperjuangkan erti cinta?”. damn! the next lab is inside tidak pernah membuat lagu cinta manusia. lirik tak pernah tercipta, dan kami hanya memainkan lagu mengenai zombie dan kucing selama ini.
sebelum melalut. publisiti murahan adalah penting. tidak perlu memanggil para pemberita untuk membuat cerita tentang anda.selepas memeluk teman wanita, anda hanya perlu menonton melodi pada hari ahad, dan membaca akhbar.
oleh kerana saiz negara malaysia yang amat kecil, tiada pasangan artis lain yang sudi berpeluk melainkan pelakon pelakon filem .3gp hasil lakonan pemuda dan pemudi remp-it.
3.SIARAN LANGSUNG BERLAINAN DENGAN FILEM/DRAMA
nabil memeluk kekasihnya di siaran langsung sebuah majlis penyampaian anugerah dan bukannya di dalam sebuah filem ataupun drama.
nabil, anda harus faham, memeluk seorang gadis di dalam filem bertemakan kereta besar, motor rx-z dan bohsia adalah dibenarkan. apa yang mahu dikecohkan? setakat adegan memeluk pasangan dengan lelaki tidak berbaju di atas katil, siapa yang mahu ambil peduli?
memeluk teman wanita anda di sebuah majlis anugerah? satu kesilapan besar. tetapi, jika anda memeluk teman wanita di sebuah majlis anugerah di dalam filem? itu dibenarkan!
4.HASAD DENGKI DAN CEMBURU
manusia lain berkerja bersungguh sungguh untuk membeli sebuah kereta idaman. Satria contohnya. anda hanya membuat lawak di atas pentas dan mampu membeli sebuah Lancer GT dengan rumah mewah serta sport rim baru untuk kereta ayah anda?
come on lah!
5.ADAT KETIMURAN
rujuk nombor 3.
memeluk seorang gadis bukan muhrim adalah haram.itu alasan paling terakhir yang bakal digunakan oleh media.dan tiada ayat kiasan disini.
harap maklum.