AKU YANG TERASA MUDA ATAUPUN MEREKA YANG TERLEBIH TUA?
baru baru ini aku tersempak dengan beberapa kenalan daripada zaman persekolahan dulu. seperti biasa, aku tidak akan menegur mereka kerana bimbang tersalah orang dan aku juga faham kenapa mereka tidak menegur aku atas alasan yang sama.
aku dibesarkan dengan cara kehidupan yang tidak begitu bebas dan tidak begitu ketat (tegas). aku rasa, samalah dengan semua rakan rakan yang aku kenali. maksudku, kenalan kenalan rapatku. kami berkawan rapat dari kecil dan wajah wajah merekalah yang selalu dilihat di lensa kamera aku.tiada masalah untuk itu.

apabila aku berjumpa dengan mereka-mereka yang sekali sekala dilihat, yang aku hairankan, ialah penampilan mereka yang jauh berbeza dari umur. aku tidak bermaksud mengapa mereka tidak memakai seluar londeh dan baju t-shirt kartun, tetapi, dari rupa dan gaya pemakaian, jelas sekali seperti 7 tahun lebih tua dari umur sebenar.
beberapa bulan lepas aku berjumpa dengan saudara wan & ibrahim yang kebetulan berada di pejabat pos atas alasan yang sama dengan aku, mendapatkan duit subsidi minyak dengan tujuan bukan untuk minyak. wan bekerja sebagai seorang guru sekarang.aku bimbang takut tersalah tegur, tetapi, nyata sekali, dia adalah orang yang sama.di dalam hatiku terdetik,
“wan, hang ni sakit ka?”
gaya dan cara penampilannya seperti suami orang yang berumur 35 tahunlah yang membuatkan aku bertanyakan soalan diatas.sama juga seperti ibrahim.perlukah aku menanyakan soalan yang sama pada 2 orang rakan pada masa yang sama. ibrahim mungkin mempunyai masalah keguguran rambut dan mengakibatkan kebotakkan. tetapi, tetap, penampilan ibrahim seperti seorang lelaki berumur 38 tahun.

dan awal minggu ini, aku berjumpa dengan dua orang junior pada zaman sekolah dahulu. bukan setahun, tetapi 2 tahun muda dari aku. jika berdiri disebelah, tentunya mereka akan disangka berumur 30 tahun dan aku 24 tahun. oh! terasa muda sebentar.
aku mempunyai julat umur rakan-rakan dari 20-an hingga 30-an. tetapi, tidak satu pun dari mereka ini sama seperti apa yang aku lihat di kampung. aku tidak dibesarkan di bandar, malah rumah mereka lebih dekat dengan bandar jika dibandingkan dengan rumah yang aku diami sekarang.
pengaruh fesyen? aku rasa tidak. tidak semestinya anda perlu memakai skinny jeans untuk kelihatan lebih muda ataupun seluar londeh menampakkan boxer.bukan semua yang aku kenal tergolong dalam kategori ini.
faktor pekerjaan? juga aku rasakan tidak. jika wan seorang guru yang berumur 26 tahun, di luar sana, terdapat lebih ramai guru yang lebih tua daripadanya dan kelihatan lebih muda padanya.
faktor persekitaran dan juga gaya kehidupan mungkin menyumbang kepada keadaan di atas. mereka menghabiskan zaman persekolahan dengan gaya kehidupan seorang lelaki matang. merempit sana sini dan memukul rakan rakan seperjuangan.

pada ketika itu, aku sibuk dengan mencari chording untuk lagu-lagu korn dan linkin park, mereka dengan solo solo lagu scorpion dan may.aku menaiki basikal ke sekolah dan mereka menaiki motosikal dan membawa kereta secara curi-curi.aku sibuk di internet bersembang dengan rakan rakan online, mereka di kedai kopi bermain dam haji.aku memikirkan tentang universiti/kolej mana ingin dimasuki selepas SPM, mereka pula sibuk mencari pekerjaan tetap di kuala lumpur.
jika dibuat perkiraan,pada ketika umur aku 17 tahun, mereka seolah olah telah melakukan perkara perkara yang 5 tahun kehadapan.
mungkin mereka mahu kelihatan lebih matang.tetapi, aku tetap berpendapat, mereka sebenarnya sakit.
dan aku masih lagi tidak faham, kenapa perlu bermain dam haji pada umur 17 tahun di kedai kopi?
gambaran dari pelbagai kamera hasil arkib farridhusin & johnny bravo serta farez wahab.