10 TAHUN LEPAS AKU INGATKAN AKU…

kerana tiada idea untuk menulis, aku ambil soalan MM di post ini untuk dibuat post baru.

baiklah, 10 tahun lepas bermakna tahun itu ialah 1999 dan aku berada di tingkatan 4 sebuah sekolah menengah biasa di Bagan Serai (setelah menolak tawaran ke sekolah asrama penuh BAINUN).tidak dilupakan juga, tahun 1999 ialah tahun aku di sekolah baru selepas dibuang dari sekolah menengah yang lepas akibat tuduhan tuduhan menghisap rokok dan meconteng nama guru yang jelas sekali, tidak dibuat oleh aku.

10 tahun lepas juga, aku dikenalkan dengan segala macam perkara.skateboarding dan internet merupakan perkara yang menjadi hobi aku pada waktu itu. dan, sebelum terlupa, pinggang aku adalah 8inci lebih kecil dari sekarang. damn!

aktiviti harian adalah bermain skate dan chatting di miRC. selain membuka akaun-akaun email yang banyak untuk diberikan kepada rakan rakan sekolah dan kenalan Irc. itulah aktiviti aku. tahun 1999 juga aku dikenalkan kepada designer muda fcob & 16rulz yang mempamerkan hasil grafik mereka di laman web. memang kagum.aku juga tidak ketinggalan, cuba mempelajari selok belok grafik melalui perisian dreamweaver dan flash. aktiviti di malam hari aku dihabiskan dengan merekabentuk laman web itu dan ini.

1999 juga dimana zaman pengenalan muzik baru. sebelum ini aku hanya dihidangkan dengan nirvana, pearl jam dan band band dari seattle, selepas 1999, koleksi koleksi di rak kaset aku dipenuhi dengan nama nama kumpulan seperti earth crisis, snapcase, old school 101, napalm death dan tidak dilupakan,kumpulan kegemaran muda mudi, linkin park.

cita cita aku pada ketika itu ialah untuk menjadi seorang pereka grafik.walaupun ayah aku mempunyai firma arkitek, tetapi aku tetap mahu menjadi seorang pereka grafik. setiap hari aku melihat iklan komersil Cenfad di ntv7, dan aku telah menetapkan hala tujuku ke arah itu.

aku juga membayangkan, 10 tahun selepas tahun 1999, aku sudah menjadi seorang pereka grafik terkenal, mempunyai rumah sendiri, kereta dan isteri yang cantik. ya! aku memang membayangkan aku kahwin awal.

dari segi muzikal pula, aku membayangkan tahun 2009, aku sudah mempunyai sebuah kumpulan yang hebat, bermain grindcore dan sedikit metal. selepas 10 tahun, aku masih tidak hebat menggunakan teknik palm mute dan downstroke picking laju dan impian bermain sebuah kumpulan grindcore ataupun metal telah lama hilang. cuma, pada waktu ini, aku menggilai album-album lama metallica dan berangan bersama gitar les paul-ku.

apa yang aku ada 10 tahun selepas tahun 1999?

aku menjadi seorang pembantu arkitek, pembantu kepada ayah di firma rakan beliau. memandu sebuah kereta nasional, mempunyai sebuah apartment di taiping, menetap di putrajaya dan sedang merenung wisma putra tanpa sebab kerana menara jam baru berbunyi dan aku sedang teringatkan seseorang.

jadi, ada sedikit sahaja perbezaan disitu.dari seorang pereka grafik kepada pembantu arkitek. kereta, ada!, rumah, ada! aku tidak bermain dengan sebuah kumpulan muzik grindcore, tetapi aku ada kugiran post-rock ini.

yang tiada?
oh.aku belum kahwin ye tak?

gambaran dari arkib farridhusin & farez wahab.

  1. ocrenneeri reblogged this from farridhusin
  2. farridhusin posted this
"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

twitter.com/farridhusin

view archive



Ask me anything

Submit