REVIEW: STAR TREK THE MOVIE
pertama sekali, sila tonton trailer filem tersebut:
Star Trek Trailer 4 from Gary Scullion on Vimeo.
REVIEW:
perlu diingatkan bahawa aku bukan seorang peminat siri tv Star Trek. bukan peminat, malah menyampah untuk menontonnya.termasuklah siri siri tv Enterprise yang merupakan sambungan kepada siri asal.
kenapa aku menontonnya? jelas sekali, trailer filem tersebut amat menarik untuk membuatkan aku mengeluarkan rm10 dari poket aku.
untuk filem ini, aku terpaksa akur, bahawa, ini adalah antara filem terbaik yang aku pernah tonton selepas Transformers.
untuk anda yang tidak pernah termimpi apakah Star Trek, filem ini baik untuk ditonton sekiranya anda ingin mencuba mengenalinya. jalan ceritanya mudah untuk difahami, grafik yang sudah tentunya cantik dan tiada gangguan heroin.

rating aku pada asalnya adalah 3.5/5 walaupun untuk rating 4/5 adalah agak banyak untu diberikan. tetapi, setelah akur dengan respon di facebook. aku memberikan filem ini rating
4/5 BINTANG
notatambahan:
selepas ini, Transformers, G.I Joe, Terminator semua bakal ditonton pada hari premier.
mahu ikut?
-
farridhusin posted this