GANGSTER JEPUN
Big Show baru sahaja masuk ke gelanggang, entah apa yang dimerapukannya, dunia gusti memang merupakan satu fenomena dalam hidup aku. Tokwan aku di kampung, masih lagi fanatik dengan gusti. Perkara pertama yang akan ditanya ialah, “siapa jahat? siapa baik ni abang?” apapun, aku harap dia sihat di kampung. sudah tiga minggu aku terperap disini menyiapkan baki kerja kerja universiti, fotografi dan juga pejabat (yang diuruskan melalui emel).
Oh ya, tentang Gangster Jepun. sebenarnya. ada seorang lagi penyewa di rumahku ini, kita gelarkan dia “Gangster Jepun”. dari segi perwatakkan, dia merupakan seorang yang baik, kami hampir bersekolah sekali di Ipoh, tetapi kerana aku telah menolak tawaran tersebut, kami hanya ditemukan beberapa tahun dahulu oleh Tuan Rumah.
Namun begitu, segala perwatakkannya baiknya berubah apabila rambut panjangnya dipotong baru baru ini oleh saudara Layau. di satu pagi, ketika kami bersiap untuk ke pejabat masing masing, sedang dia menyikat rambutnya itu, dia dengan lantangnya berkata, “macam gangster jepun rambut aku ni”. Aku, Shukri (bukan nama sebenar) dan Dani hanya mampu tergamam malah ada di antara kami yang terkucil ketakutan.
Semenjak daripada hari itu, sikap Gangster Jepun berubah. Beberapa hari lalu, ada pergaduhan di kawasan rumahku ini, Tanpa perlu turun ke bawah, Gangster Jepun hanya menjerit di tingkap biliknya. aku tak pasti apakah yang dilaungkan. kerana aku yakin, ianya bukanlah bahasa yang aku fahami, Bahasa Jepun, mungkin. Suasana yang begitu tegang tadi, menjadi sunyi sepi.

*shukri (bukan nama dan gambar sebenar) menegaskan bahawa kegiatan Gangster Jepun ini haruslah dibanteras dengan segera.
Bukan sahaja itu, setiap petang, Pasukan takraw yang diwakili aku, Shukri dan Gangster Jepun juga akan menang tiap tiap perlawanan. Khabar angin mengatakan bahawa dia telahpun mengugut pasukan lawan yang lain. Andai kata petang tersebut tiada orang bermain sepak takraw, Pasukan kanak-kanak yang bermain bola turut menjadi mangsanya,
Sesungguhnya keadaan ini telah mengakibatkan fobia kepada rakan rakan rumah yang lain. Shukri yang tinggal sebilik dengannya, telahpun keluar dari bilik itu dan tinggal di ruang tamu rumah, Dani juga mengambil keputusan untuk tidak keluar bilik, sudah hampir seminggu mengunci pintu. Dani pernah menghantar sms dari biliknya kepadaku, “kalau aku jumpa dia dalam game ni, aku pukul sampai lunyai”.
Namun begitu, seperti gusti di television, jika ada gang jahat, pastilah ada heronya. Siapa lagi kalau bukan aku.
(Gangster Jepun lalu di depan bilik aku sambil menyanyikan lagu Rob Zombie, Shukri terus pura pura tertidur di ruang tamu)
er.. ok, nanti aku sambung balidfjfhfddyf hdhftdgdhausiss jdjdushsysgata jshsusysh agashasasy hssggsdtsdgs hsdgsgdsdtsdgsd sgdssbdsdhs hsdgsydsdysdsg