HI!MYNAMEISFARRID

  • Archive
  • RSS
  • Ask me anything
  • Submit

MELAWATI HARI-HARI YANG LALU

sebentar, satu sahaja lagi pos sebelum aku berehat untuk peperiksaan. terima kasih adik adik. jangan lupa undi ya!

baiklah, tajuk karangan abang untuk kali ini ialah:
MELAWATI HARI HARI YANG LALU.

untuk lebih mendalami struktur cerita ini, sila sediakan 3 buah lagu soundtrack.
lagu pilihan ialah :

  1. Unforgettable dari Nat King Cole
  2. Parisienne Walkways dari Gary Moore
  3. Eternity dari Robbie Wiliams

(mulakan dengan lagu Eternity dari Robbie Williams)

“you were there for…”
lagu eternity dari robbie williams berkumandang di nokia n-gage
satu pesanan ringkas diterima

“awak! bangun. selamat pagi!”
itulah message harian daripadanya. setiap kali aku mahu ke kerja. aku tidak pernah bosan melayan message tersebut, walaupun setiap hari, kandungannya sama.

aku akan membalas, “selamat pagi! kerja baik baik tau”

dahulu, aku pernah merasakan hidup aku ini lengkap. aku mempunyai kerja yang baik bagi seorang pemuda berusia 21 tahun. mempunyai teman wanita yang agak cantik dan segala perkara yang kalian boleh bayangkan ketika berusia 21 tahun, melainkan sebuah kereta honda civic tahun 2000 dan penampilan yang kurus dan wajah yang kacak, lain lain pada 3 perkara ini, sudah aku miliki.

sepanjang hari, aku hanya fokus kepada kerja yang dilakukan di pejabat. cuma, sekali sekala sahaja aku akan memberi sms kepadanya.keadaan berlarutan sehingga petang. aku akan pulang dan tidak lama selepas itu, dia akan menelefon. adalah yang hendak diadukan. aku hanya mampu mendengar, walaupun ketika itu aku sedang sibuk menyarung stokin bola di kaki ini.

begitu juga malam. aku akan ceritakan kisah satu malam yang masih aku ingat hingga hari ini;

aku bertanya 
“kenapa bunyi bising? hujan?”

“ya!” balasnya

dia berkata lagi, “pernah dengar lagu tunggu sekejap?”

“pernah, lagu cerita p ramlee kan?” kataku

“nak dengar saya nyanyi tak?” tanya dia

aku di dalam hati berkata “kenapa pula ni”

“tunggu sekejap.. wahai kasih…(sehingga tamat)” nyanyi si dia

aku terdiam. bukan, dia tak mempunyai suara yang paling hebat di dunia. masuk one in a million peringkat saringan pun pasti terkeluar. tetapi, dia tetap mengagumkan aku.

sudah beberapa tahun berlalu,

dan selepas semua yang berlaku, dia menelefon aku kelmarin. setelah hampir dua tahun kami berpisah.

aku hanya terbayangkan semua yang aku ceritakan dia atas sepanjang mendengar suaranya.

adakah aku merindui semua di atas?

terima kasih kerana sudi membaca.

(sekarang, sila pasangkan lagu Parisienne Walkways dari Gary Moore)

    • #catatan harian
  • 2 years ago
  • Permalink
  • Share
    Tweet
← Previous • Next →

About

"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

Twitter

loading tweets…

  • RSS
  • Random
  • Archive
  • Ask me anything
  • Submit
  • Mobile

Effector Theme by Carlo Franco.

Powered by Tumblr