aku sedang memikirkan nama yang sesuai untuk dia. setelah kecewa menamakan kamera lumix lx-3 yang kononnya ingin dibeli raya tahun lepas dengan nama saadiah, aku rasa, lebih baik aku menamakannya saadiah. paling kurang pun, terubatlah hati ini kerana kegagalan mendapatkan lumix lx-3.
kepada saadiah, aku sayang kamu!
ini sedikit gambar ketika dia sedang tidur.


sedikit latar belakang mengenai saadiah:
untuk spesifikasi penuh, sila lawati website rasmi apple disini.
kenapa aku bertukar dari ibook G4 ke Macbook?
mudah, kesannya sama seperti kamu memandu sebuah satria tahun 2004 dengan sebuah persona tahun 2009.sudah tentu banyak kelebihannya bukan? antara keistimewaan dan kelebihannya ialah:
1) PROCESSOR INTEL
mungkin ramai diluar sana masih lagi menggunakan komputer dari apple dengan processor powerPC mereka, beza antara kedua-dua processor ini amatlah jelas sekali.
2) STABILITY
jika ibook G4 aku stabil, tidak perlulah aku ceritakan tentang kestabilan macbook ini pula.kali ini, aku mampu menggunakan photoshop, adiumX, windows XP dengan perisian autocad, safari serta iTunes pada masa yang sama tetapi pada bahagian window (spaces) yang lain seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah.

3) NVIDIA GEFORCE GRAPHIC
dengan cip grafik dari NVIDIA, mutu kualiti grafik pada macbook ini juga dapat diserlahkan dengan lebih baik dan lancar.
4) WINDOWS XP
dengan bantuan processor dari Intel, macbook baru ini didatangkan dengan perisian bootcamp yang mana fungsinya adalah untuk membolehkan anda memasang sistem operasi windows XP ke dalam komputer Apple anda. berlainan dengan perisian virtual machine yang menjalankan windows XP di dalam desktop apple, anda perlu memilih dua pilihan sistem operasi samaada OS X atau XP semasa menghidupkan komputer.terdapat juga perisian vritual machine seperti Parallels dan VMware yang turut berfungsi dengan baik bersama macbook ini.
kepada yang berminat, kalian boleh mendapatkan macbook ini dengan harga RM3699 dimana-mana cawangan Switch ataupun Machines di Malaysia.
gambaran samsung s850.