Posts tagged "catatan hari rabu"

CATATAN HARI RABU

1.AKU MOHON MAAF

maaf kepada yang berkenaan. aku bukanlah hendak menyekat kamu daripada berbuat apa-apa. tidak berniat langsung sebenarnya.apa yang aku tulis adalah untuk memaksa kamu untuk menghubungi aku.

aku tidak menyangka akan menerima panggilan daripada kamu.sms, mungkin. email, mungkin.tetapi setelah mendengar suara kamu buat pertama kali semenjak bulan 7 tahun lalu membuatkan aku terdiam.dan, aku gembira.

tidak perlu dinyatakan perasaan sebenar, aku tidak boleh berbuat demikian. tetapi, selepas 8 tahun, kamu pasti dapat membaca semuanya.

2.SAKIT PERUT

masih!

3.PEMANDANGAN DARI MEJA

aku jamin, lusa, macbook aku pun kalian tak boleh nampak.

4.AKU MAHU BEREHAT DARI BLOGGING

maksud aku, mengurangkan post-post harian aku. walaupun blog ini di dalam peringkat penilaian yoyooh blogger awards. tetapi, atas alasan untuk menduduki peperiksaan pada hari sabtu ini, aku bakal berehat sebentar.

kalau diam, tiadalah, kalau ada, adalah.

tetapi, jangan putuskan harapan anda untuk mengundi aku dengan rating 5 bintang kalian.teruskan usaha murni yang membawa berkat dan pahala.insyaAllah.

gambaran samsung s850 petikan picu farridhusin.

POST PHOTOGRAPHICAL DRAMA 35

MEJA BAJET SIBUK YANG SUDAH DIBUKTIKAN.

sedikit sambungan kepada entry sebelum ini:

1.JANGGUT MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU ADALAH PENGKRITIK TETAP BLOG INI

lihat sahaja pada ruangan top commenter di sebelah.beliau kini telah berjaya memotong aku dengan begitu mudah.terima kasih janggut. sila lawat blog beliau di ruangan link yang berlabel anas afrohead.

2.TERSILAP KAMERA.

aku telah post mengenai kamera yang aku idamkan. setelah melihatnya petang tadi, aku dapat merasakan bahawa kamera tersebut agak kurang sesuai dengan penggunaan aku. mungkin Ricoh GX100 ataupun GX200 sesuai. tetapi, daripada segi nilai wang, mungkin sony dsc-h10 sudah memadai dengan gambar HD 1080 yang disediakan.

kenapa tidak hanya sebuah dslr? mungkin kerana faktor kewangan. bagi aku, beza rm600 masih satu jumlah yang banyak.

sekian, selamat malam semua!

gambaran samsung s850 petikan jari sendiri.

CATATAN HARI RABU

ya adik adik, hari rabu datang lagi! bagaimana dengan hari adik adik sekalian? abang harap semuanya sihat sihat belaka, jadi pada episod ini, abang akan menceritakan serba sedikit tentang perkara yang berlaku sepanjang hari rabu dan yang telah abang rancangkan. mari ikut abang!

itu mungkin ayat aku untuk penulisan skrip sebuah rancangan kanak-kanak.aku agak tenang dan sedikit pemalas pada waktu ini.apa-apa pun, teruskan membaca :

1. TIADA SAKIT KEPALA LAGI

aku bangun pagi tadi dengan ketenangan. ketenangan di kepalaku. tiada lagi sakit kepala sehingga pukul 2ptg ini. alhamdulillah. jadi, aku agak sedikit keliru dengan ubat yang diberi semalam. doktor telah memberikan aku ubat sakit kepala, angin dan otot. haruskah aku memakannya walaupun aku sudah pulih? walhal aku baru memakannya sekali untuk malam tadi.

2. LAYOUT BARU DAN MASALAH SERVER TUMBLR

seperti biasa, aku akan menyalahkan segala perkara yang ada sekiranya perkara yang aku inginkan tidak berlaku. sepatutnya kalian sedang melayari blog aku dengan layout baru yang berbentuk seperti ini :

adakah sama dengan apa yang kalian lihat dan baca sekarang? sekiranya ya! aku akan salahkah cache, cookies dan history browser ini pula.

3. NOTICE BOARD

aku memerlukan sebuah papan notis untuk menampal semua nota yang telah aku tulis. IKEA ada jual bukan?

ini semua adalah untuk mempamerkan gaya ala-ala sibuk di meja aku ini.barulah bila tetamu datang, mereka akan berkata:

“banyak betul kerja hang farrid!”

dan aku pada masa itu akan terus membuat kerja-kerja yang tidak perlu dibuat gara-gara hanya mahu mempamerkan aksi sibuk tersebut.

ok! cukup. sila komen jika kalian baik hati.

CATATAN HARI RABU

entri ini sahaja ditulis untuk kalian yang bakal membacanya pada waktu tengahari yakni waktu rehat pejabat.

SELAMAT PAGI MALAYSIA.

hari ini aku bangun dengan kesejukan pagi. Aku lihat jam di tangan, pukul 0750. aku tiba tiba berbangga dengan diri sendiri sebab jarang sekali aku bangun awal. maksud aku, bangun selepas tidur dari subuh yakni waktu yang sama AB Shahrin pulang ke biliknya untuk sambung tidur.sebelum ini, aku hanya mampu bangun pada pukul 0830-0900 pagi sahaja. kali ini agak awal. mungkin sebab hujan yang dingin.

dan, tidak perlulah mengatakan “bangun awal pun nak kecoh” kerana aku hanya mahu menulis sesuatu yang mungkin agak berkaitan dengan gambar yang aku snap di atas. terima kasih.

TALIAN CELCOM BROADBAND MEMERLUKAN MASA YANG AGAK LAMA UNTUK DISAMBUNGKAN.

setelah membayar sejumlah wang untuk bil perkhidmatan celcom. akhirnya hutang aku sudah jelas. tetapi, sudah dua kali aku menelefon perkidmatan pelanggannya (sehingga habis credit) tetapi aku masih lagi gagal untuk membuat sambungan. mujurlah tuan rumah meninggalkan modemnya, jadi aku masih berpeluang untuk menyemak pesanan-pesanan elektronik dari saudari.

ANGKER.

ini mungkin bukan penulisan ataupun sub-topik yang aku suka tulis. tetapi aku tidak tahu kenapa berlakunya gangguan di rumah ini. kasihan tuan rumah yang terpaksa berlari ketakutan di waktu malam. aku juga tidak selesa dengan keadaan ini.pernahkah kalian membacanya di akhbar metro beberapa bulan yang lepas? jika tidak, silalah membuat carian di arkib-arkib akhbar terkemuka negara.

bukan mahu percaya atau tidak, aku bukan seorang yang tahu dan pandai menghuraikannya dalam bentuk sains. tidak seperti bapa seorang rakanku yang merupakan seorang doktor dan tidak percaya sama sekali pada perkara tersebut. semuanya akan dihuraikan dari segi sains.

jadi, aku salahkan kami bertiga kerana tidak membesar sebagai seorang doktor.

KESAH.

ya! aku kesah buat masa ini.

MIMPI TADI.

sebelum bangun pagi tadi aku bermimpi. mimpi yang agak pelik. ada seseorang telah mengondem aku di ruangan komen sebuah blog yang berbunyi

“tahukan anda bahawa farridhusin mempunyai sebuah band pada zaman dahulu? lihatlah sahaja kemana dia membawa kumpulannya. tidak kemana pun! dengan akal yang sempit dan tidak mahu menerima pendapat orang, membuat lagu seorang diri, memang siapa yang bekerja dengannya, tidak akan berjaya! - glaucoma”

aku ubah sikit untuk kesesuaian tetapi maksud masih sama. siap dia tinggalkan nama band pula, glaucoma. jadi, di dalam mimpi itu, aku sibuk mencari identity glaucoma yang berakhir dengan pencarian di flickr. tetapi gambarnya masih kabur kerana waktu itu, aku sedang bertempur dengan raksaksa yang sedang menyerang kapal selam TLDM.

tetapi, apa yang dikatakannya olehnya, tak salah. aku rasa, memang betul pun.

gambaran samsung s850 oleh che farrid de la husin.

CATATAN HARI RABU

ok! mari bercerita. kalau dilihat, tiba tiba sahaja blog aku dipenuhi gambar. inilah antara perkara yang berlaku sepanjang kepulangan aku ke kampung halaman. sila scroll-kan mouse kalian ke bawah. dan baca sahaja apa yang telah aku tulis. sedikit catatan untuk hari ini :

MEMBUAT TUGASAN DI McDONALD’S BUKANLAH PILIHAN YANG BAIK DAN TEPAT.

entah kenapa, aku keluar awal hari ini, selain daripada bangun seawal pukul 6:40 pagi tadi (sebelum aku tidur semula) aku mengambil keputusan untuk keluar makan tengahari di McDonald’s. yakin betul aku yang disini tiada orang ramai. mungkin perkiraan aku salah. sepatutnya aku keluar pada pukul 2 petang dan bukannya 12 tengahari. hasilnya, aku rimas dan kerja tidak berjalan.

dan kenapa aku perlu mencari kemudahan wifi? semua gara-gara kerana lambat membayar bil celcom.

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT BERTUNANG.

seperti apa yang kalian dapat lihat dibawah. farez:farrid DSGN telah dipilih oleh saudara bidi sebagai jurufoto untuk majlis pertunangan beliau. malang sekali majlis tersebut jatuh pada hari yang sama perkahwinan saudara Hakim Hasnul. jadi kepada Hakim, aku minta maaf kerana tidak dapat hadir, kepada saudara Bidi, Tahniah kami ucapkan.

RAMAI MANUSIA SEDANG MEMBUAT KAJIAN TENTANG PUTRAJAYA.

melalui statistik sitemeter.com aku, dapat dilihat aku mendapat kemasukan daripada pengguna  ejen carian google dan yahoo yang rata-rata mencari maklumat tentang perancangan bandar putrajaya. tahniah! kerana kalian telah berjumpa dengan blog ini. bagi yang mahu menggunakan khidmat copy & paste, sila kreditkan carian anda kepada laman web ini. 

aku pun nak glamour jugak.

lebih senang membaca artikelnya jika kalian click ke link dibawah ini :

PUTRAJAYA CITY PLANNING.

SUDAH PUKUL 2:45 DAN MEREKA TIDAK MASUK KERJA LAGI.

pukul berapa sebenarnya waktu masuk pejabat semula daripada rehat kakitangan kerajaan?

IKAN PUYU SUDAH MATI DUA EKOR.

ya! mereka sudah mati. si asam pedas dan janggut telah mati setelah berjaya melompat keluar daripada akuarium dan terdampar di sisi televisyen dan bawah meja. tetapi tidak mengapa kerana tuan rumah telah membawa pulang 2 ekor lagi ikan puyu. jadi, semuanya kini menjadi 3 ekor (sepeti biasa semula).

SMS.

dia bercuti dari ber-sms.mahu mencari jawapan katanya

CATATAN HARI RABU

buat petama kali aku menulis bukan dari mejaku.untuk memenangi anugerah yoyooh blogger awards, aku harus menulis entry yang baru dan berhenti daripada memberi alasan kenapa blog aku harus menang. dan, jangan lupa undian anda amatlah aku perlukan.

baiklah, antara catatan untuk hari ini:

MASALAH CELCOM BROADBAND (DAN JUGA MAXIS).

aku dapati aku tidak dapat membuat sambungan ke server celcom.pada mulanya aku beranggapan mungkin kerana bil yang tertunggak, tetapi setelah aku mencuba menggunakan service maxis kepunyaan tuan rumah, aku berjaya mendapat sambungan tetapi aku tidak dapat mengakses apa apa halaman dengan dinyatakan terdapatnya masalah pada server. 

aku hampa dan sebab itulah entri ini ditulis di sebuah kedai mamak di precint 9.

FAREZ:FARRID DSGN PROJECT NUMBER 2.

setelah selesai dengan rekabentuk yang lalu dan juga kerana masalah sambungan ke internet, aku merajinkan diri untuk menyiapkan layout untuk buku pertunangan saudara Ayen. ini mungkin hanyalah sekadar review daripada produk yang sebenar.

jadi saudara bidi. majlis anda pada 9hb ini, adakah anda berminat? sila sms dengan segera.

JURUJUAL.

ketika menulis entry ini, aku sempat melayan 2 orang jurujual. seorang lelaki menjual sebuah buku tentang kisah riwayat nabi muhammad yang amatlah aku berkenan dan berminat untuk membacanya, cuma masalah kewangan sahaja yang membataskan aku daripada membelinya. maaf ya abang.

kedua, seorang gadis cina yang menjual sample promosi pewangi baru jenama Cyan. harga pasaran adalah rm120, tetapi untuk hari ini, harganya cuma rm40 dan disertakan dengan tas tangan percuma. agak menarik! masalah kewangan juga membatasinya. maaf ya amoi!.

IKAN PUYU.

kami dengan ini secara rasminya mengumumkan kehadiran ahli baru di rumah iaitu 2 ekor ikan puyu. aku masih lagi memikirkan nama mereka. jika kalian rajin menekan butang komen dibawah, silalah beri idea nama ikan yang paling comel.

KERJA TERBENGKALAI.

dan, kerja-kerja tugasan yang lain masih lagi terbengkalai.terima kasih kepada celcom.

SMS.

tiada sms.agak sunyi kan?

sekian sahaja.aku sakit perut dan perlu pulang ke rumah dengan segera.

"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

twitter.com/farridhusin

view archive



Ask me anything

Submit