Posts tagged "catatan harian"

EFY & EMY : SAVE THE DATE VIDEO

oh ya! memang aku dah tak ambil gambar kahwin. tapi video ni aku buat juga sebagai menunaikan janji aku kepada seorang sahabat. dan, sebagai percubaan kedua aku merakam video.

Plot asal yang aku reka bersama beberapa teman gagal apabila cuaca di Putrajaya tidak mengizinkan aku untuk merakam apa yang telah dirancang.

Namun berbekalkan semangat dan sifat hero yang ada didalam diri, aku sudahi jua rakaman video mereka, berbekalkan matahari petang selama sejam.

terima kasih aku ucapkan kepada Dani Izwan, Shukri (bukan nama sebenar), Gangster Jepun, Fariz Norzlan dan Annas ‘Ipoh Shutter’ Anual yang sudi membantuku.

oh ya, ini extended version. versi pendek aku simpan untuk diberi kepada saudara Fifi (Efy) yang juga merupakan seorang penyokong pasukan Ferrari yang kalah di litar Shanghai semalam. (Fariz Norzlan juga terlibat)

selamat menonton!

DISEBALIK PEMBIKINAN

adalah, teringat sikit sikit ketika masih bersemangat dahulu.

Lokasi : Alor Setar, Kedah

Lokasi : Bukit Damansara, Selangor kan?

Lokasi : Taman Tasik Taiping, Perak.

GANGSTER JEPUN

Big Show baru sahaja masuk ke gelanggang, entah apa yang dimerapukannya, dunia gusti memang merupakan satu fenomena dalam hidup aku. Tokwan aku di kampung, masih lagi fanatik dengan gusti. Perkara pertama yang akan ditanya ialah, “siapa jahat? siapa baik ni abang?”  apapun, aku harap dia sihat di kampung. sudah tiga minggu aku terperap disini menyiapkan baki kerja kerja universiti, fotografi dan juga pejabat (yang diuruskan melalui emel).

Oh ya, tentang Gangster Jepun. sebenarnya. ada seorang lagi penyewa di rumahku ini, kita gelarkan dia “Gangster Jepun”. dari segi perwatakkan, dia merupakan seorang yang baik,  kami hampir bersekolah sekali di Ipoh, tetapi kerana aku telah menolak tawaran tersebut, kami hanya ditemukan beberapa tahun dahulu oleh Tuan Rumah.

Namun begitu, segala perwatakkannya baiknya berubah apabila rambut panjangnya dipotong baru baru ini oleh saudara Layau. di satu pagi, ketika kami bersiap untuk ke pejabat masing masing, sedang dia menyikat rambutnya itu, dia dengan lantangnya berkata, “macam gangster jepun rambut aku ni”. Aku, Shukri (bukan nama sebenar) dan Dani hanya mampu tergamam malah ada di antara kami yang terkucil ketakutan.

Semenjak daripada hari itu, sikap Gangster Jepun berubah. Beberapa hari lalu, ada pergaduhan di kawasan rumahku ini, Tanpa perlu turun ke bawah, Gangster Jepun hanya menjerit di tingkap biliknya. aku tak pasti apakah yang dilaungkan. kerana aku yakin, ianya bukanlah bahasa yang aku fahami, Bahasa Jepun, mungkin. Suasana yang begitu tegang tadi, menjadi sunyi sepi.


*shukri (bukan nama dan gambar sebenar) menegaskan bahawa kegiatan Gangster Jepun ini haruslah dibanteras dengan segera.

Bukan sahaja itu, setiap petang, Pasukan takraw yang diwakili aku, Shukri dan Gangster Jepun juga akan menang tiap tiap perlawanan. Khabar angin mengatakan bahawa dia telahpun mengugut pasukan lawan yang lain. Andai kata petang tersebut tiada orang bermain sepak takraw, Pasukan kanak-kanak yang bermain bola turut menjadi mangsanya,

Sesungguhnya keadaan ini telah mengakibatkan fobia kepada rakan rakan rumah yang lain. Shukri yang tinggal sebilik dengannya, telahpun keluar dari bilik itu dan tinggal di ruang tamu rumah, Dani juga mengambil keputusan untuk tidak keluar bilik, sudah hampir seminggu mengunci pintu. Dani pernah menghantar sms dari biliknya kepadaku, “kalau aku jumpa dia dalam game ni, aku pukul sampai lunyai”.

Namun begitu, seperti gusti di television, jika ada gang jahat, pastilah ada heronya. Siapa lagi kalau bukan aku.

(Gangster Jepun lalu di depan bilik aku sambil menyanyikan lagu Rob Zombie, Shukri terus pura pura tertidur di ruang tamu)

er.. ok, nanti aku sambung balidfjfhfddyf hdhftdgdhausiss jdjdushsysgata jshsusysh agashasasy hssggsdtsdgs hsdgsgdsdtsdgsd sgdssbdsdhs hsdgsydsdysdsg

BERAPA LAMA?

Berapa lama masa yang diambil untuk satu penulisan baru disini? 2 tahun. apa yang berlaku? masih sama. tiada satu perkara yang menarik pun boleh diceritakan disini.

Oh ya, musuh ketatku, Ab Shahrin telahpun berkahwin, menimang cahaya mata dan bakal mendapat cahaya mata baru tidak lama lagi. Tuan Rumah juga telah berkahwin, dan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Kalau dulu wujudnya seorang penulis blog yang aku segani, saudara Dani Izwan dari blog Penampar Terbang-nya, Sekarang, aku sudah tidak segan lagi dengan beliau. Beliau ada di bilik sebelah, kami tinggal serumah, bersama seorang lagi yang mahukan identitinya dirahsiakan, kita panggil sahaja dia, Shukri (diulangi, bukan nama sebenar)

Masih ingat lagi cita cita aku untuk memiliki sebuah DSLR? kali terakhir blog ini diupdate, aku masih lagi menggunakan kamera Canon Powershot G11. sudah banyak tugasan fotografi aku terima semenjak aku memiliki sebuah DSLR, dari jenis entri bawahan, sampailah kepada jenis professional, alhamdulillah, aku telah berjaya memilikinya. satu pesanan ringkas, “always choose Canon!”

Aktiviti harian aku masih sama seperti dahulu, jika tidak menyiapkan kerja pejabat, aku masih lagi di UTM, menghabiskan sisa sisa pembelajaran ijazah separuh masaku, Agak penat, mungkin satu hari nanti, semuanya akan berubah. tunggu sahaja suku kedua tahun ini. mungkin?

Berbalik kepada rakan serumah aku Dani Izwan, seorang penggemar permainan online yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Jangan diganggu karektornya atau anda akan dibunuh di alam maya. seperti mottonya, “don’t mess with me, or else..”

Seorang lagi, Shukri (bukan nama sebenar) masih lagi cuba menghabiskan permainan PES 2010 di konsol psp-nya. sudah hampir 2 tahun, permainan masih lagi tidak tamat. Beliau selalu menceritakan impiannya kepadaku, aku mendoakan segalanya yang terbaik untuknya. mudah mudahan insyaAllah.

Aktiviti harian kami amatlah memenatkan, bangun seawal pukul 6 pagi untuk mencari rezeki, kami akan memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan ucapan “hati-hati, jumpa malam nanti ya!” kemudian kami akan bersalaman dan berpelukan. begitulah erti persahabatan yang cuba kami terapkan.

Aku sedang mencuba untuk mengakhiri karier sebagai seorang photographer secepat mungkin. aku sudah penat. walaupun pulangannya amatlah lumayan. tiada masa bagiku untuk melakukan 3 kerja serentak. aku perlu lebih fokus. sefokus Dani Izwan ketika bermain permainan di alam maya.

kepada yang pertama kali membaca, Assalamualaikum, nama saya Farrid. (icon smiley disini).

Ok, nanti aku cerita tentang kisah disebalik lagu Sigur Ros - Hoppipolla pula ya. Kisahnya menarik. tetapi tidaklah seindah kisah disebalik lagu Uncle Kracker - Smile.

senang cerita, dua dua tak indah.

notakaki:
gambar 1 - arkib
gambar 2 - kredit Dani Izwan.

HAI!

bila aku nak menulis, mood terus hilang.
jadi, sekian!

CATATAN HARIAN : AKHIRNYA

aku hidup dengan perkara baru disekeliling aku. aku sudah bekerja dengan bukan ayah sebagai ketua di pejabat. bersama sebuah syarikat pembinaan di Balakong, hidup aku dikelilingi mereka mereka yang baru. kiri kanan meja aku adalah mereka yang sepertiku, baru diambil bekerja.

oh ya! blog aku di wordpress, aku seperti malas, tak tahu menulis, semuanya tidak kena untuk menulis. aku bukanlah seperti mahu kembali ke platform tumblr, aku hanya mahu cuba menulis. cuba menyibukkan diri aku yang sediada tidak sibuk.

hidup aku ceria. tetapi, di dalam diri aku tidaklah seceria diluar. sedih. itu sahaja yang aku tahu. bersedih. mungkinkah apa yang aku harapkan tidak berlaku seperti apa yang aku inginkan? terlalu awal untuk bercakap tentangnya.

perkara yang menceriakan aku, mungkin ketika saat aku bersama si dia. ketawa besar kami semalam apabila menonton filem my-spy. tetapi masih lagi ada sedikit terdetik kesedihan di dalam hati aku ini.

hari ini aku bosan. tiada kerja di mejaku. tiada apa apa di scrren monitorku melainkan muka depan facebook yang sudah berkali kali aku tekan butang Home-nya.

oh ya! kita cuba disini pula.

MIMPI TADI (PART 3)

mimpi kali ini tidak pelik.
tidak dapat berjumpa orangnya, mimpi pun jadilah.
sudah lama tidak bertemu.
semenjak bulan 8 dua tahun lepas tidak silap aku.

terima kasih kerana sudi membaca.
dan nota nombor (3) di entry bawah khas untuk kamu.

gambaran samsung s850 di sarkis bukit jalil.

CATATAN HARIAN

hari tadi hari rabu 20hb mei 2009

1.AKTIVITI

“farrid, jika anda tidak berada di pejabat. apakah aktiviti yang anda lakukan?”

jawab aku, “saya buat benda ini”

bila lagi mahu bergema bunyian delay dari the next lab is inside?
aku sendiri tidak tahu.

2.SAMBUNGAN KE INTERNET YANG PELIK

sudah beberapa hari talian internet aku begini. upload lebih tinggi berbanding download.anehnya, bukan didalam kb/s tetapi mb/s. dan ini mengganggu aktiviti internet aku seharian.

apabila situasi ini berlaku, aku tidak dapat melakukan apa apa melainkan memutuskan sambungan dan sambung semula.selepas beberapa ketika, keadaan akan kembali seperti diatas

adakah ini kerana pihak Apple cuba untuk menyelidik macbook aku yang sudah 2 kali crash selepas mengemaskini ke 10.5.7 tempohari?

3.HEY! AKU RINDU KAMU

ya! kamu.

gambaran samsung s850 dan fungsi apple+shift+4 di keyboard

10 TAHUN LEPAS AKU INGATKAN AKU…

kerana tiada idea untuk menulis, aku ambil soalan MM di post ini untuk dibuat post baru.

baiklah, 10 tahun lepas bermakna tahun itu ialah 1999 dan aku berada di tingkatan 4 sebuah sekolah menengah biasa di Bagan Serai (setelah menolak tawaran ke sekolah asrama penuh BAINUN).tidak dilupakan juga, tahun 1999 ialah tahun aku di sekolah baru selepas dibuang dari sekolah menengah yang lepas akibat tuduhan tuduhan menghisap rokok dan meconteng nama guru yang jelas sekali, tidak dibuat oleh aku.

10 tahun lepas juga, aku dikenalkan dengan segala macam perkara.skateboarding dan internet merupakan perkara yang menjadi hobi aku pada waktu itu. dan, sebelum terlupa, pinggang aku adalah 8inci lebih kecil dari sekarang. damn!

aktiviti harian adalah bermain skate dan chatting di miRC. selain membuka akaun-akaun email yang banyak untuk diberikan kepada rakan rakan sekolah dan kenalan Irc. itulah aktiviti aku. tahun 1999 juga aku dikenalkan kepada designer muda fcob & 16rulz yang mempamerkan hasil grafik mereka di laman web. memang kagum.aku juga tidak ketinggalan, cuba mempelajari selok belok grafik melalui perisian dreamweaver dan flash. aktiviti di malam hari aku dihabiskan dengan merekabentuk laman web itu dan ini.

1999 juga dimana zaman pengenalan muzik baru. sebelum ini aku hanya dihidangkan dengan nirvana, pearl jam dan band band dari seattle, selepas 1999, koleksi koleksi di rak kaset aku dipenuhi dengan nama nama kumpulan seperti earth crisis, snapcase, old school 101, napalm death dan tidak dilupakan,kumpulan kegemaran muda mudi, linkin park.

cita cita aku pada ketika itu ialah untuk menjadi seorang pereka grafik.walaupun ayah aku mempunyai firma arkitek, tetapi aku tetap mahu menjadi seorang pereka grafik. setiap hari aku melihat iklan komersil Cenfad di ntv7, dan aku telah menetapkan hala tujuku ke arah itu.

aku juga membayangkan, 10 tahun selepas tahun 1999, aku sudah menjadi seorang pereka grafik terkenal, mempunyai rumah sendiri, kereta dan isteri yang cantik. ya! aku memang membayangkan aku kahwin awal.

dari segi muzikal pula, aku membayangkan tahun 2009, aku sudah mempunyai sebuah kumpulan yang hebat, bermain grindcore dan sedikit metal. selepas 10 tahun, aku masih tidak hebat menggunakan teknik palm mute dan downstroke picking laju dan impian bermain sebuah kumpulan grindcore ataupun metal telah lama hilang. cuma, pada waktu ini, aku menggilai album-album lama metallica dan berangan bersama gitar les paul-ku.

apa yang aku ada 10 tahun selepas tahun 1999?

aku menjadi seorang pembantu arkitek, pembantu kepada ayah di firma rakan beliau. memandu sebuah kereta nasional, mempunyai sebuah apartment di taiping, menetap di putrajaya dan sedang merenung wisma putra tanpa sebab kerana menara jam baru berbunyi dan aku sedang teringatkan seseorang.

jadi, ada sedikit sahaja perbezaan disitu.dari seorang pereka grafik kepada pembantu arkitek. kereta, ada!, rumah, ada! aku tidak bermain dengan sebuah kumpulan muzik grindcore, tetapi aku ada kugiran post-rock ini.

yang tiada?
oh.aku belum kahwin ye tak?

gambaran dari arkib farridhusin & farez wahab.

AKU YANG TERASA MUDA ATAUPUN MEREKA YANG TERLEBIH TUA?

baru baru ini aku tersempak dengan beberapa kenalan daripada zaman persekolahan dulu. seperti biasa, aku tidak akan menegur mereka kerana bimbang tersalah orang dan aku juga faham kenapa mereka tidak menegur aku atas alasan yang sama.

aku dibesarkan dengan cara kehidupan yang tidak begitu bebas dan tidak begitu ketat (tegas). aku rasa, samalah dengan semua rakan rakan yang aku kenali. maksudku, kenalan kenalan rapatku. kami berkawan rapat dari kecil dan wajah wajah merekalah yang selalu dilihat di lensa kamera aku.tiada masalah untuk itu.

apabila aku berjumpa dengan mereka-mereka yang sekali sekala dilihat, yang aku hairankan, ialah penampilan mereka yang jauh berbeza dari umur. aku tidak bermaksud mengapa mereka tidak memakai seluar londeh dan baju t-shirt kartun, tetapi, dari rupa dan gaya pemakaian, jelas sekali seperti  7 tahun lebih tua dari umur sebenar.

beberapa bulan lepas aku berjumpa dengan saudara wan & ibrahim yang kebetulan berada di pejabat pos atas alasan yang sama dengan aku, mendapatkan duit subsidi minyak dengan tujuan bukan untuk minyak. wan bekerja sebagai seorang guru sekarang.aku bimbang takut tersalah tegur, tetapi, nyata sekali, dia adalah orang yang sama.di dalam hatiku terdetik,

“wan, hang ni sakit ka?”

gaya dan cara penampilannya seperti suami orang yang  berumur 35 tahunlah yang membuatkan aku bertanyakan soalan diatas.sama juga seperti ibrahim.perlukah aku menanyakan soalan yang sama pada 2 orang rakan pada masa yang sama. ibrahim mungkin mempunyai masalah keguguran rambut dan mengakibatkan kebotakkan. tetapi, tetap, penampilan ibrahim seperti seorang lelaki berumur 38 tahun.

dan awal minggu ini, aku berjumpa dengan dua orang junior pada zaman sekolah dahulu. bukan setahun, tetapi 2 tahun muda dari aku. jika berdiri disebelah, tentunya mereka akan disangka berumur 30 tahun dan aku 24 tahun. oh! terasa muda sebentar.

aku mempunyai julat umur rakan-rakan dari 20-an hingga 30-an. tetapi, tidak satu pun dari mereka ini sama seperti apa yang aku lihat di kampung. aku tidak dibesarkan di bandar, malah rumah mereka lebih dekat dengan bandar jika dibandingkan dengan rumah yang aku diami sekarang.

pengaruh fesyen? aku rasa tidak. tidak semestinya anda perlu memakai skinny jeans untuk kelihatan lebih muda ataupun seluar londeh menampakkan boxer.bukan semua yang aku kenal tergolong dalam kategori ini.

faktor pekerjaan? juga aku rasakan tidak. jika wan seorang guru yang berumur 26 tahun, di luar sana, terdapat lebih ramai guru yang lebih tua daripadanya dan kelihatan lebih muda padanya.

faktor persekitaran dan juga gaya kehidupan mungkin menyumbang kepada keadaan di atas. mereka menghabiskan zaman persekolahan dengan gaya kehidupan seorang lelaki matang. merempit sana sini dan memukul rakan rakan seperjuangan.

pada ketika itu, aku sibuk dengan mencari chording untuk lagu-lagu korn dan linkin park, mereka dengan solo solo lagu scorpion dan may.aku menaiki basikal ke sekolah dan mereka menaiki motosikal dan membawa kereta secara curi-curi.aku sibuk di internet bersembang dengan rakan rakan online, mereka di kedai kopi bermain dam haji.aku memikirkan tentang universiti/kolej mana ingin dimasuki selepas SPM, mereka pula sibuk mencari pekerjaan tetap di kuala lumpur.

jika dibuat perkiraan,pada ketika umur aku 17 tahun, mereka seolah olah telah melakukan perkara perkara yang 5 tahun kehadapan.

mungkin mereka mahu kelihatan lebih matang.tetapi, aku tetap berpendapat, mereka sebenarnya sakit.

dan aku masih lagi tidak faham, kenapa perlu bermain dam haji pada umur 17 tahun di kedai kopi?

gambaran dari pelbagai kamera hasil arkib farridhusin & johnny bravo serta farez wahab.

CATATAN HARIAN

hari tadi hari khamis 14hb Mei 2009

1.MANA CUTI SEMESTERKU?
kepada semua pelajar separuh masa UTM, sila lupakan hasrat untuk berehat kalian. setelah bertungkus lumus dengan peperiksaan pada minggu lepas, kelas untuk semester baru akan diadakan pada minggu ini.

dan, aku telah mendapat keputusan yang baik untuk rekabentuk energy efficiency house-ku. tahniah juga kepada yang lain.kepada yang mahu meniru, dipersilakan.

2.PANGGILAN TELEFON


sekali lagi, satu panggilan telefon telah berjaya membuatkan aku tersenyum seharian. terima kasih kepada si pemanggil.

3.PEMANDANGAN DARI MEJA PENULIS


sudah lama tidak dipost. masih tiada perubahan. sama sahaja.

notatambahan:
sedang mendegar lagu “zaharah anak cik maimun” di Sinar FM.
pelik sungguh bunyinya.

gambaran samsung s850 dan fungsi apple+shift+3 di keyboard.

CATATAN HARIAN : SAYA ORANG MELAYU-LAH MAKCIK.

hari ini hari selasa 12hb Mei 2009

bukan kali pertama di dalam hidupku apabila orang menyangkakan aku seorang cina. dan, situasi ini jarang pula berlaku dalam bulan ramadhan.

hari ini aku ke Selama untuk membuat lawatan tapak. setelah jenuh mencari lokasi tapak, aku berhenti di sebuah kedai untuk bertanya arah;

aku, “makcik, jalan taman merdeka permai II kat mana?”

dia membalas, “oh, you pergi sana, you terus, simpang first, masuk kanan”

dia menambah, “kenapa tauke? ada mau hantar barang ka?”

aku menjawab, “taklah makcik, saya nak kena periksa rumah ni”

dia bertanya lagi, “eh, cina ke melayu ni?”

aku menjawab, “melayu makcik, saya orang melayu”

kemudian, setelah aku menjumpai tapak rumah yang di cari, aku turun sambil membawa fail dan kamera di tangan untuk melakukan pemeriksaan.

keluar seorang makcik, jiran rumah tersebut dan menyapa;

“ada lagi mau bikin ka?”

aku menjawab, “tak adalah makcik, saya datang ni pun, nak periksa rumah ni saja. tengok perkembangan”

dia bertanya lagi, “eh, cina ke melayu ni?”

aku menjawab, “melayu makcik, saya orang melayu”

satu hari,
dua pertanyaan.
satu jawapan.

“melayu makcik, saya orang melayu”

gambaran samsung s850 petikan picu jari sendiri.

satu ketika dahulu, semasa di tingkatan 2, aku teringin sangat mahu menjadi seorang DJ. spin sana, spin sini, tenyeh gigit, tongkat siku, layan lap pipi.
dengan adanya perisian di atas, cita cita zaman kanak kanak aku dapat dipenuhi.sekarang aku sedang bermain loop dengan lagu kanye west. mana tahu, boleh guna nanti.
notatambahan:
anas, aku dah ready nibila nak rekod lagu? tak pun, feat aku pun jadilah.

satu ketika dahulu, semasa di tingkatan 2, aku teringin sangat mahu menjadi seorang DJ. spin sana, spin sini, tenyeh gigit, tongkat siku, layan lap pipi.

dengan adanya perisian di atas, cita cita zaman kanak kanak aku dapat dipenuhi.
sekarang aku sedang bermain loop dengan lagu kanye west. mana tahu, boleh guna nanti.

notatambahan:

anas, aku dah ready ni
bila nak rekod lagu? tak pun, feat aku pun jadilah.

ME AND YOU, SETTING IN A HONEYMOON. IF I WOKE UP NEXT TO YOU

kenapa tajuk guna lirik lagu Fall Out Boy?
adalah.

HARI INI :

DULU-DULU :

gambaran dari pelbagai kamera, canon A470, Fujifilm & samsung S850.

HAI! PELUK-PELUK NAK?

setelah beberapa minggu Anugerah Bintang Popular berlalu, akhbar masih lagi mahu menceritakan perihal Nabil memeluk teman wanitanya pada malam majlis tersebut berlangsung.

mereka tak pernah bosankah?

ada beberapa sebab (aku rasa) yang menyumbang kepada perkara ini:

1.NABIL TIADA ‘CABLE’

dia datang dari kampung mambau dan bekas pembancuh air di kedai nasi lemak dan tiba tiba, menjadi seorang yang kaya raya tanpa bantuan sesiapa.maksud aku, rakyat Malaysia yang mengundi beliau. bukan bantuan orang dalam.

tahukah anda bahawa orang dalam boleh menentukan perjalanan karier anda. bukan hanya sebagai pelawak ataupun pembantu tadbir, kejayaan anda sebagai seorang pemenang album terbaik AIM juga, memerlukan bantuan orang dalam.

menubuhkan sebuah kugiran juga memerlukan ‘cable’ pada masa ini. tiada hubungan dengan kumpulan-kumpulan besar? editor majalah? photographer majalah mahupun pemain gitar kumpulan pop terkenal, untuk menjayakan kugiran yang ditubuhkan adalah agak mustahil. anda boleh membuat publisiti murahan di blog-blog, myspace ataupun facebook, masalahnya, ini malaysia. kami tidak mendengar karya yang kosong tanpa ‘surat sokongan’ dari siapa siapa.dan, frontman haruslah kacak.

jadi, bila tiadanya hubungan dengan orang dalam, susahlah! susah kerana tiada yang berani bersuara kerana orang dalam ini berkawan dengan penulis ruangan itu di akbar sana dan penulis ruangan ini di akhbar sini.semuanya berkaitan bukan?

sepatutnya satu panggilan telefon daripada orang dalam sudah mampu mendiamkan pihak media.

2.NABIL MAHUKAN PUBLISITI MURAHAN

seperti masyarakat melayu lain juga.publisiti murahan amatlah perlu di dalam menentukan kejayaan seseorang artis tersebut. nabil mungkin takut untuk menggunakan taktik mengutuk hubungan sejenis kerana takut dipanggil homophobic.

tahukan anda bahawasanya terdapat satu kumpulan yang memperjuangkan nasib golongan homo di malaysia ini? bahaya. jangan tersalah cakap!

aku juga pernah dikecam hebat oleh golongan ini. dengan mesej berbunyi “fuck farridhusin dan band dia : the next lab is inside”. mahukan publisiti murahan kata mereka.“melagukan lagu lagu cinta tanpa memperjuangkan erti cinta?”. damn! the next lab is inside tidak pernah membuat lagu cinta manusia. lirik tak pernah tercipta, dan kami hanya memainkan lagu mengenai zombie dan kucing selama ini.

sebelum melalut. publisiti murahan adalah penting. tidak perlu memanggil para pemberita untuk membuat cerita tentang anda.selepas memeluk teman wanita, anda hanya perlu menonton melodi pada hari ahad, dan membaca akhbar.

oleh kerana saiz negara malaysia yang amat kecil, tiada pasangan artis lain yang sudi berpeluk melainkan pelakon pelakon filem .3gp hasil lakonan pemuda dan pemudi remp-it.

3.SIARAN LANGSUNG BERLAINAN DENGAN FILEM/DRAMA

nabil memeluk kekasihnya di siaran langsung sebuah majlis penyampaian anugerah dan bukannya di dalam sebuah filem ataupun drama.

nabil, anda harus faham, memeluk seorang gadis di dalam filem bertemakan kereta besar, motor rx-z dan bohsia adalah dibenarkan. apa yang mahu dikecohkan? setakat adegan memeluk pasangan dengan lelaki tidak berbaju di atas katil, siapa yang mahu ambil peduli?

memeluk teman wanita anda di sebuah majlis anugerah? satu kesilapan besar. tetapi, jika anda memeluk teman wanita di sebuah majlis anugerah di dalam filem? itu dibenarkan!

4.HASAD DENGKI DAN CEMBURU

manusia lain berkerja bersungguh sungguh untuk membeli sebuah kereta idaman. Satria contohnya. anda hanya membuat lawak di atas pentas dan mampu membeli sebuah Lancer GT dengan rumah mewah serta sport rim baru untuk kereta ayah anda?

come on lah!

5.ADAT KETIMURAN

rujuk nombor 3.
memeluk seorang gadis bukan muhrim adalah haram.itu alasan paling terakhir yang bakal digunakan oleh media.dan tiada ayat kiasan disini.

harap maklum.

"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

twitter.com/farridhusin

view archive



Ask me anything

Submit