Posts tagged "edutorial"

SAYA MAHUKAN SEBUAH MACBOOK : TIPS MEMBELI MACBOOK PILIHAN ANDA

terima kasih atas email dan pertanyaan spontan anda mengenai minat kalian untuk memiliki sebuah macbook.aku bukanlah seorang yang mahir dalam perkara ini, tetapi akan aku cuba untuk membantu kalian dengan tips-tips menggoda aku dibawah ini.

jangan lupa! rate blog ini dengan rating 5 bintang ya.terima kasih

jikalau aku terlibat di dalam perniagaan MLM, pastinya pangkat aku bakal menjadi diamond crown the greatest king manager sekarang. jika Luxor memerlukan anda membayar rm2000 untuk menyertai mereka, bayangkan berapakah jumlah yang akan aku dapat melalui penjual macbook.hebat bukan? bila agaknya Apple mahu menjadikan perniagaan ini sebagai satu perniagaan bertingkat seperti david teo dengan restoran restorannya.

sebelum aku mengarut.baik aku teruskan dengan tips-tips dibawah:

1.SAYA ADA RM12000.SAYA MAHUKAN MACBOOK PRO SEKARANG JUGA!

nanti dulu, sebelum membeli, pilihlah jenis yang sesuai untuk anda dahulu.untuk kalian yang memerlukan rendering 3D yang hebat, aku syorkan macbook pro jika anda tidak kisah mengeluarkan rm10000 dari kocet anda.tetapi, bagi aku, sebuah macbook aluminum sudah mencukupi.tidak cukup dengan processor 2.0, ambil sahaja 2.4Ghz.


imej dari apple.com

aku, jikalau mampu, sudah tentunya akan mengikuti jejak fendi afifi yang menggunakan macbook alum 2.4Ghz.ada beberapa sebab:

  • spesifikasinya yang lebih baik
  • rekabentuk aluminiumnya yang tahan lasak (macbook air pernah terselamat dalam nahas kapal terbang
  • body macbook white yang mudah retak
  • tidak cepat kotor seperti macbook white
  • menawan hati gadis-gadis dan teman sejenis

tetapi jika kalian merasakan beza sebanyak rm2200 itu tidak banyak, teruskan sahaja dengan pembelian macbook aluminum anda.

kalian boleh membuat perbandingan disini.

2.DIMANA MAHU MEMBELINYA

oleh kerana tiada official apple store (kedai bukan laman web) di Malaysia, kebanyakkan barangan Apple dibawa masuk oleh apple reseller seperti switch, machines dan mac city.

pada pendapat aku, sila lawati laman web rasmi mereka untuk promosi-promosi yang sedang dilakukan.

seperti kes yang aku alami, aku membeli sebuah macbook white di switch tanpa apa apa keistimewaan. maksud keistimewaan disini ialah barangan percuma.sebuah macbook didatangkan secara standard di dalam kotak dan mempunyai item-item berikut:

  • MacBook
  • 60W MagSafe Power Adapter, AC wall plug, and power cord
  • Lithium-polymer battery
  • Display polishing cloth
  • Install/restore DVDs
  • Printed and electronic documentation


servis yang ditawarkan di machines.imej dari machines.com.my

jika dilihat pada website mac city, pada bulan April, mereka memberikan barangan barangan percuma seperti :

  • notebook sleeve
  • RM50 training voucher
  • RM200 rebate to purchase Microsoft Office
  • Portable speaker
  • Keyboard Protector
  • Cooling ball
  • RM500 rebate point to purchase 4GB RAM

berapkah kerugian aku disitu? banyak bukan. sila rancang pembelian anda dahulu sebelum membeli.

ataupun, jika anda seorang yang sangat malas untuk keluar rumah, anda boleh membelinya dari apple online store dan macbook anda akan dihantar dalam masa 2-3 hari.

selain daripada itu, anda juga dapat membina custom macbook anda disana dengan memilih spesifikasi standard ataupun spesifikasi tambahan yang terdapat pada laman web tersebut.

selain daripada itu, untuk para pelajar, anda boleh mendapatkan macbook dengan harga yang lebih murah di apple online store dan klik pada education pricing.

sila semak senarai penuh apple reseller disini.

3.APPLE PROTECTION PLAN

jangan lupa untuk membelinya sejurus ataupun sebelum warranty setahun anda berakhir. ini adalah kerana melalui APC, wang saku anda dapat diselamatkan andainya berlaku masalah pada macbook anda.


imej dari amazon.com

dan yang lebih baik, semua alat yang diganti adalah percuma!

4.CARIAN, CARIAN DAN LEBIH CARIAN

pastikan dahulu anda betul betul mahukan sebuah macbook bukan sekadar hanya kerana lambang Apple yang menyala di belakang monitor yang jelas sekali bakal menampakkan anda kelihatan lebih cool!

google ataupun masuk sahaja ke forum lowyat.net yang banyak menjelaskan mengenai perihal platform Apple anda.

5.SAYA TIDAK ADA WANG SEBANYAK ITU

tiada masalah. anda boleh mendapatkan refurbish macbook di mana mana cawangan Apple Reseller di Malaysia.

selain daripada itu, di forum lowyat.net juga terdapat beberapa buah macbook untuk dijual dengan harga yang murah/berpatutan. Paling murah yang pernah aku lihat ialah macbook white yang berharga rm1900 yang masih di dalam kondisi yang baik.

cukup!

jadi kepada dabeh, aqidah, awangku blues, amal, rajak telimik, ako mustafa dan saedah mansor, aku harap, persoalan kalian terjawab.

switch!

notatambahan:

aku nak apply kerja di switch sekarang ini juga.

SEJARAH PENGGUNAAN KOMPUTER AKU DAN KENAPA AKU RASA AKU PANDAI SIKIT DARI MARIAM TIJOH

sebelum itu, terima kasih kepada saudara sham hardy atas info mengenai website ini.

1,2,3, mula! (oh oh, nampak ketarakah dilema di wajahku)
lagu tersebut tiba tiba bermain di dalam kepalaku. mungkin kerana sudah lama tidak mendengarnya.

ok, mula!

selepas membaca sebuah entri di sebuah website mengenai sejarah dan rekabentuk Operating System di sebuah website, secara tiba tiba, semua ingatan aku mengenai sejarah aku mengenali komputer terimbas kembali.dimana semuanya indah indah belaka seperti terjumpa kekasih lama di laman web friendster-lah katakan.

aku selalu merasakan bahawa, aku merupakan seorang pengguna komputer yang cekap walhal aku memerlukan masa yang agak lama dari kalian untuk menaip hingga ke saat ini. tetapi, sudah tentu aku ada sebabnya. tak tahulah dengan kalian, tetapi, jom kita baca jenisan Operating System yang pernah aku gunakan.

1.TIADA DALAM REKOD (1992/93)

alangkah baiknya jikalau aku boleh mengingat namanya. aku tidak banyak kenangan dengan komputer ini. monitornya hanya terdapat beberapa warna. dan perisian yang paling aku suka ialah LOTUS. sebuah perisian spreadsheet yang popular hingga ke hari ini.

yang paling aku suka ialah, buku manual perisian Lotus. aku belajar banyak perkara walaupun umur aku adalah sekitar darjah 4 atau 5 ketika ini.aku belajar membuat kiraan automatik dan sedikit graph.

itulah perisian pertama yang aku guna, LOTUS 1-2-3 dan aku dibesarkan bukan untuk menjadi seorang akauntan ataupun pakar matematik.

2.WINDOWS 3.0 (1995/96)

yang ini aku ingat.sebuah komputer yang agak ceria pada warnanya. untuk mengakses windows, kalian perlu memilih windows pada ruangan menu yang disediakan. tidak! komputer pada masa ini tidak terus boot ke dalam windows seperti komputer hari ini.

perisian yang aku gunakan pada ketika ini ialah Paint Shop Deluxe dan Paint.

aku masih ingat ayah menyuruhku untuk merekabentuk flyers untuk perniagaan keluarga pada ketika itu, dimana, upahnya adalah permainan tanah liat yang dibeli hampir setiap hari.jadi, aku akan merekabentuk flyers untuk ayah dan kami akan ke kedai surat khabar setiap hari untuk menyerahkannya sebagai promosi.

di flyers tersebut, terpampang:

SYARIKAT HUSIN RAIS
menyediakan khidmat melukis pelan, mendirikan bangunan dan pembekal bahan binaan

macam itulah seingat aku. dengan perisian Paint pula, aku agak ligat melukis hasil karya kartun aku pada ketika itu. di sekolah, siapa yang tak lukis kartun, awek tak suka.

dan, aku juga telah berjaya mencipta logo syarikat (S.H.R.) untuk ayah aku sebagai pengganti boot screen ke dalam komputer ini. makin hebat bukan aku?

3.WINDOWS 3.1 (1996/98)

aku menggunakan perisian ini kebanyakkanya di sekolah menegah rendah. maaflah rakan-rakan Sri Perak, aku rasa, dalam beribu-ribu pelajar sesi pagi tersebut, aku seorang sahajalah yang paling celik komputer. tak percaya tanya Miss Kamala dengan Cikgu Wazir.

aku pernah dimarah oleh guru komputer kerana dituduhnya aku cuba merosakkan komputer yang aku gunakan dengan cubaan mencetak.

padahal, bukan aku. aku hanya duduk di kerusi yang sama selepas kelas sebelumnya. aku dimarah. tetapi aku hanya diam.

buat apa hendak menunjukkan bakat. simpan sahaja semuanya.

4.WINDOWS 95 (1997/98)

tahun yang sama dengan windows 3.1. aku tak tahu kenapa sekolah aku tidak menggunakan windows 95 pada ketika itu.

dengan windows 95 aku mengenai dunia internet. aku masih ingat website pertama yang aku buka, Metallica.com. berbekalkan sleeve cover dari album Re-Load, itulah laman web pertama dalam hidupku.

dan juga, Chatting. orang pertama yang menegur aku dalam dunia chatting ialah seorang rakan kelas aku sendiri. Zurina namanya.

tiada apa apa yang lain yang aku buat dengan perisian ini.cuma internet dan chatting.

oh ya! aku juga mengenali Microsoft Words pada ketika ini.

5.WINDOWS 98 (1998/99)

satu revolusi dalam komputer bagi aku. kenangan paling indah aku ialah bermain Fifa 1998. Ouh, masih ingat lagi, pasukan kegemaran aku ialah Selangor dan pemain terbaik aku ialah Rusdi Suparman!

6.WINDOWS ME (1999/00)

aku banyak mengenali dunia grafik ketika ini. aku banyak menggunakan perisian PhotoShop, Flash dan Dreamwork untuk merekabentuk laman web grafik milik aku sendiri. b_graph namanya.

aku mencuba sedaya upaya untuk belajar menggunakan perisian ini. maaf, laman web yang aku cipta 9 tahun lepas sudah tiada akaunnya.

b_graphic.hypermart.net dimana, pada pertengahan tahun 2000, syarikat hypermart.net telah menarik balik semua akaun percumanya dan hanya menawarkan akaun berbayar.

dan, satu lagi perisian penting yang aku kenal pada ketika ini ialah Napster. lagu pertama yang aku muat turun ialah lagu daripada Cypress Hills - Insane In The Brain. tidak lupa juga koleksi lagu hari raya daripada Siti Nurhaliza milik adik aku yang berkongsi komputer yang sama.

7.WINDOWS XP (2001-KINI)

laptop pertama jenama sepom’s yang dibeli oleh ayah didatangkan sekali dengan OS ini. tidak perlu dinyatakan perisian apa yang aku belajar.dari Autocad, merakam lagu menggunakan Acid Pro dan membuat grafik menggunakan PhotoShop, semuanya aku belajar hingga ke hari ini.

8.MAC OS X TIGER (2009)

dengan pembelian ibook G4 terpakai awal tahun ini, Tiger merupakan OS pertama yang aku gunakan. tiada masalah menggunakannya, hanya perlu google sahaja apa yang dicari. semua jawapan terdapat di sana.

9.MAC OS X LEOPARD (2009)

selepas Ibook, tiba masa untuk macbook pula. ini mungkin perkara pertama dalam hidup aku, membeli 2 jenis laptop dalam masa kurang daripada 3 bulan.

tiada apa-apa yang aku ingin highlightkan disini daripada segi OS kerana ianya begitu menawan dan aku tidak tahu ingin bermula dari mana.

cuma, perisian standardnya sangatlah menarik. iphoto, iweb, itunes, ical amatlah berguna sebagai menguruskan koleksi media media aku.

aku juga masih menggunakan Windows XP di dalam macbook ini. selain daripada perisian dari Adobe, Microsoft Office yang dibina untuk Mac yang pada aku, amatlah stabil untuk digunakan.

siap!

notatambahan:

  • aku tidak pernah menggunakan Vista.jadi aku agak cacat menggunakannya.
  • sumber gambar dari http://www.guidebookgallery.org
  • sumber gambar dari http://toastytech.com/
  • sumber gambar dari http://skattertech.com
  • adik adik, sila undi abang dengan undian 5 bintang anda ya! terima kasih.

SAFARI 4 BETA REVIEW & DOWNLOAD

sekali lagi, aku mungkin orang yang terakhir untuk memberitahu kalian mengenai perisian ini. tetapi, sebagai salah seorang calon dalam kategori edutorial untuk yoyooh blogger awards, mungkin informasi ini berguna kepada kalian yang masih tidak tahu tentang kewujudan perisian versi baru ini.

aku mendapat idea untuk menulis tentang perisian ini apabila melihat macbook seorang rakan yang masih lagi menggunakan perisian safari versi 3.perlu diingatkan bahawa ini adalah perisian beta yang sememangnya masih lagi di peringkat percubaan. mungkin ada pengguna yang berjaya menggunakannya dan mungkin tidak.

mengikut pengalaman aku semasa menggunakan ibook G4, perisian ini berfungsi dengan lancar bersama sistem operasi OS X Tiger dan apabila aku menukar sistem operasi kepada Leopard, mungkin kalian akan berhadapan dengan beberapa masalah.Ketika aku, aku berhadapan dengan masalah memuat turun laman web yang terpampang perkataaan masalah dengan server di browser safari.

dengan menggunakan macbook, aku tidak mempunyai sebarang masalah menggunakannya.

ok, apa yang menarik dengan browser ini ialah, Apple menyatakan bahawa browser ini mempunyai kelajuan terpantas di dalam memuat turun laman web.pada aku, pernyataan ini ada benarnya. tetapi, apa apa pun, sebelum itu, sila pastikan servis perkhimatan internet yang dilanggan berada dalam keadaan yang baik.

selain daripada itu, pada aku ciri-ciri barunya yang akan membuatkan kalian berasa lebih tertarik untuk menggunakannya.

TOP SITES

secara jujur, aku pernah melihat perkara yang sama semasa menggunakan google chrome dan plug-in dari firefox. tetapi, mungkin dengan ketelitian perekabentuk dari Apple yang membuatkan ianya kelihatan lebih menarik dan terperinci.

HISTORY BROWSER

jika anda seorang pengguna itunes, tentunya fungsi cover flow ini tidak asing lagi untuk anda. dengan safari 4, Apple telah menggunakan fungsi ini sebagai history browser yang membolehkan anda melihat kesemua page yang telah dimuat turun.

REVIEW:

aku menggemari perisian Safari semenjak aku menggunakan windows lagi. Sudah beberapa versi telah dicuba dan aku harus menyatakan bahawa, versi 4 adalah yang terbaik. walaupun ianya masih di dalam peringkat percubaan. jadi kepada pengguna Apple dan Apple wannabe di luar sana. kalian boleh memuat turun perisian ini di website Apple di bawah:

SAFARI 4 BETA DOWNLOAD

PENGGUNA WINDOWS

kepada pengguna windows, jangan kuathir, perisian ini juga didatangkan bersama-sama dengan versi khas untuk windows. tetapi, malangnya, kali ini safari kalian tidak akan kelihatan seperti browser safari dengan toolbar kelabunya, tetapi rupabentuknya akan kelihatan seperti browser harian anda. (jika kalian menggunakan internet explorer)

sekian, dan jangan lupa mengundi aku dengan undian 5 bintang anda.

BLOGSPOT ATAUPUN TUMBLR

dua orang penulis blog terkemuka, yakni saudara pijoe dan dani izwan pilus, pernah menyoalkan kenapa aku berpindah ke Tumblr.

malah ada yang bertanya apakah perbezaan antara blogger (blogspot) dan tumblr.
baiklah, mari aku terangkan.

1) KEMUDAHAN AKSES

untuk mendaftar sebuah akaun di tumblr, anda hanya perlu memasukkan beberapa info sahaja, dengan alamat email dan kata laluan serta tajuk blog, anda boleh terus menulis post anda yang pertama. berbeza dengan akaun blogger yang memerlukan anda mengisi lebih banyak form dan informasi tentang diri anda.

2) DASHBOARD

aku akui, dashboard untuk blogger.com lebih tersusun berbanding tumblr.di tumblr, makin ramai manusia yang anda ikut (following) makin banyaklah ruangan dashboard anda diisi. bukan dengan pos anda, tetapi dengan pos semua blog yang dilanggan.

tetapi, dengan hanya menekan satu link, kalian sudah boleh mula menyemak semua pos yang telah ditulis. tetapi, agak terhad kerana tumblr menghadkan kira kira 10 pos untuk satu muka.

3) JENIS POS

tidak seperti blogspot yang tidak mengkhususkan pos-pos khas kepada anda, tumblr didatangi dengan pelbagai jenis pos yang boleh anda pilih, dari penulisan teks, video, audio mahupun dialog percakapan.

4) KOMEN

aku harus akui, antara perkara asas yang harus ada pada sebuah blog, tumblr tidak menyediakan kemudahan komentar. anda perlu mendaftar di disqus.com untuk mewujudkan ruangan komen anda sendiri.

5) ARKIB PENULISAN

disini, tumblr dan blogspot masing masing mempunyai jenis capaian arkib masing masing. cuma bagi aku, tumblr telah menyediakan satu jenis arkib yang mudah untuk dilihat dan dibaca.

6) SELEBRITI

ya! pete wentz, barrack obama, katy perry dan ashlee simpson masing masing mempunyai akaun tumblr sendiri.

7) TEMA

blogspot dan tumblr mempunyai pelbagai rekabentuk tema blog untuk platform masing masing.tetapi bagi aku, tema tema tumblr lebih menarik. mungkin kerana ketelitian perekabentuknya.

jadi kepada kalian yang mahu mencuba menulis blog, pilihlah mana mana servis yang sesuai untuk anda. terdapat banyak lagi platform menulis blog yang lain diluar sana. cuma, janganlah anda cuba untuk meng’kari’kannya. nanti, kami semua sakit mata membaca!

terima kasih dan sila undi saya dengan rating 5 sebagai blog informasi dan edutorial terbaik di yoyooh. sila click imej di sebelah kanan anda.

sekian dan semoga aku menang tempat pertama!

"If you want to be entertained, go and see Hanson" - Thom Yorke

twitter.com/farridhusin

view archive



Ask me anything

Submit